LAMAN

Suatu Luahan


Katakanlah yang benar dan adil, sebab benar dan adil adalah satu.
Falsafah ku


"Kenal akan keindahan dan sanggup menyatakan keindahan itu kepada orang lain adalah bahagia"



"Memerhatikan keindahan alam itu menambahkan harga diri"



"Sahabat yang sejati adalah orang-orang yang dapat berkata-kata benar denganmu,
dan bukan orang-orang yang dapat membenarkan kata-katamu."



Seni adalah tiruan daripada keindahan dan sumber keindahan ialah Allah.

Renungan


Sabda Muhammad Rasulullah S.A.W
"Celuplah tanganmu ke dalam laut,
dan lihatlah titisan air yang mengalir di celah-celah jejarimu,
itulah nikmat dunia,
manakala yang selebihnya yang terbentang luas,
itulah nikmat syurga."





Wasiat Bonda

Bila kau dewasa anakku
Telaga kasih ayah bonda jangan dikeringkan
Secalit luka usah tergaris
Biar tiada airmata yang tumpah
Tegakkan mereka di tugu paling mulia
Agar tasik kebahagiaan
Bisa mengepung kehidupan

Bila kau dewasa anakku
Biar Al Quran menjadi bacaan harianmu
Sunnah Nabi menjadi rujukanmu
Agar kau tidak tersesat di belantara dunia
Yang paling kelam dan gelap
Kelak rohmu bisa digamit bidadari Syurga

Bila kau dewasa anakku
Biarlah pilihanmu wanita solehah
Bakal penyejuk hati dan matamu
Kaulah nakhoda pengemudi utama
Usah kau layari Sungai Jahaman
Yang merah menyala
Kerana Sungai Firdaus berair madu
Yang sedia menantimu dengan keredhaan Ilahi

Bila kau dewasa anakku
Dalam munajat dan doaku
Biarlah lahir seorang mukmin sejati
Bersungguh sungguh memikul
Tanggung jawab dan amanah Allah




Hari ini, pada saat ini
kau harus bangun dengan kudratmu
pasti kau mampu menjaring matahari
atau membekukan kilau bintang
andai itu yang kau inginkan.



Masa silam adalah rimba kesakitan
hingga dikau tidak mampu berdiri
di laman kendiri merenung indah tanpa bulan
memancarkan jernih kekesalan
di wajahmu yang rawan.




Daun-daun menghijau alangkah segar
kemilau danau disinar matahari
kali tenang betapa lembut mengalir ke muara
kedamaian melingkar rimba
lalu tumpah kasih nan jernih
erat bertaut cinta kasih.




Biarlah aku di sini
berendam dendam di bayang kebosanan
sambil menghitung waktu lepasku
oleh kebebasan.










 Pantun Warisan

 

Di luar jendela bulan mengambang
Esok suria pasti menjelang


Puas saya menanam ubi
Nenas juga ditanam orang
Puas sudah kutanam budi
Emas juga dipandang orang




Asam kandis mari dihiris
Manis sekali rasa isinya
Dilihat manis dipandang manis
Lebih manis hati budinya





Selasih tumbuh di tepi telaga
Selasih dimakan si anak kuda
Kasih ibu membawa ke syurga
Kasih saudara masa berada





Dari Daik pulang ke Daik
Sehari-hari berkebun pisang
Budi baik dibalas baik
Dalam hati dikenang orang





Baik-baik bertanam padi
Jangan sampai dimakan rusa
Baik-baik termakan budi
Jangan sampai badan binasa





Pergi ke sawah menanam padi
Singgah disungai menangkap ikan
Hidup hendaklah bersendikan budi
Sifat sombong jangan amalkan




Hendak belayar ke Teluk Betong
Sambil mencuba labuhkan pukat
Bulat air kerana pembetung
Bulat manusia kerana muafakat




Bunga melati bunga di darat
Bunga seroja di tepi kali
Hina besi kerana karat
Hina manusia tidak berbudi





Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

















Dari teratak Lanang persembahkan,
Untuk tatapan insan sejagat,
Moga mendapat suatu pengalaman,
Buat bekalan sepanjang hayat.