ANJUNG

Suatu Catatan Kembara ~ TURKI (bahasa Turki: Türkiye Cumhuriyeti)


1)  Pengembaraan bermula pada 14 Disember 2011 dari KLIA dengan penerbangan Malaysia MH030, berlepas  ke Istanbul jam 12.30 pagi. Penerbangan memakan masa 11 jam. Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Atarturk kami disambut oleh wakil Renk United Travel, selepas menunaikan solat subuh kami terus menaiki bas ke hotel. Kami di bawa ke Hotel Grand Halic Istanbul. Suhu ketika itu 12C. Sangat sejuk bagi orang Malaysia.

(klia, malaysia)

(hotel grand halic)

2) Republik Turki (bahasa Turki: Türkiye Cumhuriyeti), secara rasmi dipanggil Republik Turki, ialah sebuah negara Eurasia di Timur Tengah yang terletak di antara benua Eropah dan Asia. Sebahagian besar Turki terletak di Semenanjung Anatolia di Asia dan bahagian kecil wilayahnya terletak di Wilayah Balkan Barat Laut Benua Eropah. 

(deretan kedai)

(sesuatu tentang turkiye)

(tanda jenama turkiye)

(bas rasmi kami)

3) Turki bersempadan dengan 8 negara, iaitu Bulgaria di barat laut; Greece di barat; GeorgiaArmenia dan Azerbaijan di timur laut; Iran di timur; dan Iraq dan Syria di tenggara. Ia juga bersempadan dengan  Laut Hitam di utara, Laut Aegea di barat, dan Laut Mediterranean di selatan. Turki juga mengandungi Laut Marmara yang digunakan oleh para ahli geografi untuk menandakan sempadan di antara Eropah dan Asia dan oleh itu, menyebabkan Turki merupakan sebuah negara rentas benua.

(mencuba sesuatu yang baru)

(depan hotel)

(walk slow - fast food)

(suatu penantian)

4) Kawasan yang terdiri daripada Turki moden telah melihat kelahiran peradaban-peradaban utama, termasuk Empayar Byzantine dan Empayar Turki Uthmaniyyah. Disebabkan oleh lokasinya yang strategik di persilangan dua buah benua, budaya Turki merupakan campuran budaya Timur dan Barat yang unik yang sering diperihalkan sebagai jambatan antara dua buah peradaban. Dengan kewujudan kawasan yang kuat dari Adriatik ke China di dalam jalur tanah di antara Rusia dan India, Turki telah mendapat kepentingan strategik yang semakin berkembang. Ketika ini cuaca di luar cerah tetapi dingin. Angin yang bertiup dari Laut Bosphorus menusuk ke telinga.

(mencuba sejenis roti)

(makanan utama)

(bertemu kenalan baru)

(baklava)

5)  Selepas check-in, mandi dan sebagainya, lawatan di sekitar Istanbul bermula. Sebelum naik bas kami mengambil kesempatan masuk ke kedai roti bersebelahan hotel. Kami mencuba beberapa jenis makanan roti dan sempat pula berkenalan dengan seorang Turki berketurunan Rusia. Beliau boleh berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Kami dikenakan 30 Lira untuk 2 piring roti dan 4 gelas cay dan 2 botol air mineral bergas. Itu lah pengalaman pertama minum di kedai roti di Turki. 

(Istanbul)

(depan masjid biru)

(hiasan dalaman masjid biru)

(hagia sophia)

6) Jam 9 pagi kami menaiki bas untuk ke destinasi pelancungan. Bas menurunkan kami di suatu kawasan dan kami terus berjalan kaki ke Masjid Biru (Sultanahmet). Kami juga mengambil kesempatan untuk solat sunat di masjid ini. Mengambil wuduk pada musim ini sungguh menyiksakan. Air wuduk sejuk seperti ais. Masjid di Turki tidak ada ruang berwuduk bagi kaum hawa. Malah tempat solat mereka juga tidak disediakan. Selepas solat dan  meninjau persekitaran masjid, kami terus berjalan ke Hagia Sophia (yang dahulunya adalah sebuah gereja zaman empayar rom lama). Dari sini terus berjalan lagi ke Muzium Topkapi, melihat harta warisan Islam zaman Kerajaan Uthmaniyyah.


(solat di masjid sultanahmet)

(jagung dan buah berangan bakar)

(masjid biru atau sultanahmet)

7)  Keletihan dan kesejukan, begitulah keadaannya. Namun demikian kerana terlalu teruja dengan suasana persekitaran ia menjadi sesuatu yang menyeronokkan. Kami bertembung dengan beberapa kumpulan pelancung dari negara-negara asing.


(hagia sophia)

(makanan manisan)

(dalam hagia sophia)

8) Semasa berada di dalam masjid biru, aura kehebatan kerajaan Uthmaniyyah menyerap ke dalam tubuhku. Sememangnya Turki adalah sebuah negara yang hebat. Turki ialah sebuah republik berperlembagaan yang demokratiksekular, dan kesatuan. Sistem politiknya diasaskan pada tahun 1923 di bawah pimpinan Mustafa Kemal Atatürk selepas kejatuhan Empayar Uthmaniyyah, akibat Perang Dunia I. Sejak itu, Turki telah beransur-ansur bergabung dengan Barat sementara menjalin hubungan yang erat dengan dunia Timur. 

(hiasan dalaman hagia sophia)

(warisan)

(muzium topkapi)

9) Negara Turki ini ialah salah satu ahli pengasas Pertubuhan Bangsa-Bangsa BersatuPertubuhan Persidangan Islam (OIC), Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan,  dan Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama di Eropah, serta negara ahli Majlis Eropah sejak tahun 1949, dan NATO sejak tahun 1952. Peradaban Eropah memang ketara pada rakyat Turki, khususnya warga Istanbul. Menu pemakanan orang Turki adalah campuran Eropah dan Asia Barat. Roti dan salad adalah menjadi keutamaan.

(cay minuman teh)

(berbagai jenis roti)

(berlatarkan masjid sultanahmet)

(sebel pemandu pelancung)

10) Sejak tahun 2005, Turki adalah satu-satunya negara Islam pertama yang berunding menyertai Kesatuan Eropah, ia juga adalah ahli bersekutu sejak tahun 1963. Turki juga merupakan ahli negara perindustrian G20 yang mempertemukan 20 buah negara ekonomi yang terbesar di dunia.


(depan pintu istana topkapi)

(perkarangan muzium topkapi)

11) Penduduk Istanbul adalah 13 juta orang. Manakala penduduk keseluruh negara Turki ialah 67.8 juta orang. Agama rasmi nagara ini ialah Agama Islam. 99 peratus rakyatnya beragama Islam. Turki adalah satu-satunya negara di kalangan negara-negara Islam yang telah memasukkan fahaman sekularisme di dalam perlembagaan negaranya. Ia juga memberi jaminan kebebasan lengkap kepada orang bukan Islam di Turki.

(menuju destinasi)

(pintu masuk istana topkapi)

(harta warisan islam ada di dalamnya)

12) Nama Turki atau Türkiye dalam bahasa Turki terdiri daripada dua komponen, iaitu: etnonim Türk dan akhiran abstrak –iye yang bermaksud "pemilik", "tanah" atau "perihal" (yang berasal dari akhiran Arab –iyya yang serupa dengan akhiran –ia dalam bahasa Yunani dan Latin). Catatan terawal istilah "Türk" atau "Türük" sebagai autonim terkandung dalam catatan tulisan-tulisan Orkhon oleh kaum Göktürk (Turki Samawi) dari Asia Tengah (c. abad ke-8 M). Tu–kin dijadikan bukti seawal tahun 177 SM sebagai nama berian orang Cina kepada penduduk kawasan selatan Pergunungan Altai di Asia Tengah.

(taman muzium)

(topkapi palace)

(suatu perjalanan)

(menuju keluar istana)

13) Nama Melayu "Turki" berasal dari bahasa Latin Pertengahan iaitu Turchia (c. 1369). Nama ini ada kata seasal dalam bahasa Yunani, iaitu Tourkia yang asalnya digunakan oleh bangsa Byzantium untuk memperihalkan Hungary pada zaman pertengahan (kerana orang Hungary dan Turki mempunyai persamaan leluhur) tetapi kemudian, mereka mula menggunakan nama ini untuk memaksudkan kawasan taklukan Seljuk di Anatolia pada ratusan tahun selepas Pertempuran Manzikert pada tahun 1071. Malam ini terlalu letih untuk bersiar-siar. Baiklah tidur dan bersedia untuk suatu perjalanan yang agak jauh pada hari esok, ia itu menuju Bursa yang dikatakan 170km jaraknya dari Istanbul.

(suatu peninggalan sejarah)

(masjid biru atau sultanahmet)

14) Di hari ke 2, selepas sarapan, kami check-out dan akan dibawa ke Eskihisar, melalui Jambatan Atarturk yang menyambung benua Eropah dan benua Asia. Turki ialah sebuah negara rentas benua Eurasia. Turki Asia (yang sebahagian besarnya terdiri daripada Anatolia) yang merangkumi 97% keluasan negara, terpisah dari Turki Eropah oleh Selat BosporusLaut Marmara, dan Dardanelles (yang bersama-sama membentuk pautan air di antara Laut Hitam dan Laut Mediterranean). Turki Eropah (Trakia atau Rumelia timur di semenanjung Balkan) hanya mendapat 3% kawasan negara. Di hari kedua ini kembara kami melintasi ke sempadan Benua Asia tepat pada jam 8:15pagi.

(sarapan eurasia)

(jambatan atarturk)

(roti junjung)

(feri di pangkalan marmara)

(feri ke yalova)

15) Perjalanan dengan bas yang eksklusif sangat selesa dan menyeronokkan. Istanbul sememangnya bandaraya yang sangat menarik. Perwilayahan Turki berbentuk seakan-akan segiempat tepat, panjangnya lebih 1,600 kilometer (1,000 batu) dan lebarnya 800 km (500 batu). Ia terletak di antara garis lintang 35° dan 43° U, dan garis bujur 25° dan 45° E. Kawasan Turki, termasuk tasik sekali, menduduki tanah seluas 783,562 kilometer persegi (300,948 batu persegi), yang mana 755,688 kilometer persegi (291,773 batu persegi) terletak di Asia Barat Daya dan 23,764 kilometer persegi (9,174 batu persegi) yang selebihnya di Eropah. Turki ialah negara ke-37 terbesar di dunia dari segi keluasan. 

(bersantai di dek)

(unggas berterbangan)

(jeti marmara)

(dalam pelayaran)

16) Berada di dalam feri ini, adalah suatu pengalaman yang sungguh bermakna. Suasana persekitaran amat menakjubkan. Burung-burung berterbangan mengiringi kami. Negara ini dikelilingi oleh laut dari tiga arah, iaitu: Laut Aegia di barat, Laut Hitam di utara dan Laut Mediterranean di selatan. Turki juga merangkumi Laut Marmara di barat laut.  Turki yang Eropah, iaitu Trakia Timur, membentuk sempadan Turki dengan Greece dan Bulgaria. Bahagian Asia puka, Anatolia, terdiri daripada sebuah penara tinggi di tengah-tengah dengan dataran-dataran pantai yang sempit, di antara banjaran Köroğlu dan Pontus ke utara dan Pergunungan Taurusdi selatan. Turki Timur mempunyai landskap yang lebih bergunung-ganang, dan di situ terletaknya punca sungai-sungai seperti FuratTigris dan Aras, dan merangkumi Tasik Van dan Gunung Ararat, puncak tertinggi di Turki pada 5,165 meter (16,946 kaki).


(suatu rakaman pengalaman)

(suatu rakaman kenangan)

(suatu rakaman perkenalan)

(suatu rakaman kemesraan)

17) Ketika ini kami sedang menyeberangi Laut Marmara untuk ke Yalova dan terus ke Bursa. Turki terbahagi kepada tujuh kawasan bancian: MarmaraAegiaLaut HitamAnatolia TengahAnatolia TimurAnatolia Tenggara dan Mediterranean. Rupa bumi Anatolia utara yang tidak rata di sepanjang Laut Hitam menyerupai jaluran yang panjang dan sempit. 

(unggas setia mengiringi pelayaran)

(deretan kedai)

(kedai kebab di bursa)
18) Pada tahun 324, maharaja Rom, Constantinus I memilih Byzantium selaku ibu kota baru Empayar Rom, lalu menukar namanya kepada Rom Baru (kemudian Constantinople dan Istanbul). Selepas kejatuhan Empayar Rom Barat, ia menjadi ibu kota Empayar Byzantium (Empayar Rom Timur).

(perairan marmara)

(setia kawan)
19) Wangsa Seljuk merupakan satu cabang kelompok Turki Oğuz Kınık yang menetap di persisian dunia Islam, di utara Kaspia dan Laut Aral di Kekhaganan Yabghu di pergabungan Oğuz pada abad ke-10. Pada abad ke-11, bangsa Seljuk mulai berhijrah dari tanah leluhur mereka ke arah kawasan timur Anatolia, yang kemudiannya menjadi tempat asal baru puak-puak Turkik Oğuz selepas Pertempuran Manzikert pada tahun 1071.

(burung laut berterbangan)

(menuju dataran)

20) Setiba di Bursa, kami di bawa ke Ulucami (Masjid Utama Bursa) Kerajaan Bursa lama ialah Kerajaan Sultan Seljuk. Kerajaan ini membuka laluan kepada kebangkitan Kesultanan Seljuk Anatolia; yang berkembang sebagai cabang berasingan dalam Empayar Seljuk besar yang meliputi sebahagian Asia Tengah, Iran, Anatolia dan Asia Barat Daya.

(pintu gerbang sultan kapi)

(suatu petunjuk)

(makam hijau)

21) Pada tahun 1243, tentera Seljuk ditumpaskan oleh Mongol, sehingga menyebabkan kuasa empayar Seljuk beransur merosot. Ekoran daripada itu, salah satu kerajaan kecil Turki yang diperintah oleh Uthman I akan berkembang menjadi Empayar Uthmaniyyah dalam 200 tahun berikutnya, dan meluas di seluruh Anatolia, rantau Balkan dan Levant. Pada tahun 1453, Uthmaniyyah melengkapkan penaklukan Empayar Byzantium dengan menawan ibu kotanya, Constantinople.


(di puncak bursa)

(suatu keramahan)

(bandar Bursa)

(Bursa, penduduknya 2.1 juta)

(Bursa, kini dan sejarah)

22) Mengikut catatan sejarah Turki, Sultan Seljuk telah memerintah seorang pendakwah belayar ke Asia Tenggara dan mengembangkan syiar Islam di sana. Diriwayatkan negara Asia Tenggara yang pertama berjaya diislamkan oleh Sultan Selyuk ialah Acheh, di Sumatra.

(di puncak bukit Bursa)

(antara dulu dan kini)


(benteng pertahanan sultan seljuk)

(pertemuan)


(keriangan)

23) Kawasan bukit ini sememangnya menjadi pusat pertahanan sultan seljuk. Kota pertahanan yang didirikan di sini adalah tempat yang paling strategik. Beriadah di kawasan ini sungguh memberi erti sebenarnya suatu riadah. 

(persahabatan)


(salad hidangan wajib)

(keju bahan utama)


(pokok bersejarah)


24) Penduduk bandar Bursa berjumlah 2.1 juta orang. Namun kedatangan kami pada musim sejuk ini tidak menampakkan sangat keramaian mereka. Bandar ini sungguh romantis. Suasana aman dan tenang. Kerusi meja khas untuk minum cay sentiasa tersedia tersusun untuk dipenuhi pelanggan.

(dalaman masjid ulucami)


(masjid ulucami)

(di bina pada tahun 1399)

25) Kebesaran dan kesucian agama Islam jelas tertera pada dinding-dinding masjid Ulucami, yang di bina pada tahun 1399 di Bursa. Zaman keagungan empayar islam terpapar pada ukiran dinding dan seni bina bangunan kota Bursa. Tidak dinafikan kebesaran empayar Islam kerajaan Sultan Seljuk sungguh mengkagumkan dunia sehingga kini.

(suasana tenang)


(depan pasar sutera)

26) Selepas solat dan membuat kunjungan ke Masjid Hijau dan makan tengah hari, kini tiba pula bersantai  di Pasar Sutera Bursa sebuah pusat perniagaan yang tertua di negeri Turki di bina sejak tahun 1491.

(santai seketika)


(lorong pasar sutera)

27) Kuasa dan prestij Empayar Uthmaniyyah memuncak pada abad ke-16 dan ke-17, khususnya ketika pemerintahan Sulaiman al-Qanuni. Empayar ini sering bertembung dengan Empayar Rom Suci dalam kemaraannya tanpa putus-putus ke arah Eropah Tengah melalui rantau Balkan dan bahagian selatan Komanwel Poland-Lithuania

(laluan sutera)

(santai sambil minum cay)

28) Di laut, empayar ini bersaing dengan Liga-Liga Suci yang terdiri daripada Sepanyol HabsburgRepublik Venice dan Kesatria Santo Yohanes demi menguasai Mediterranean. Di Lautan Hindi, tentera laut Uthmaniyyah kerap bertembung dengan armada Portugis demi mempertahankan monopoli turun-temurun ke atas laluan-laluan perdagangan maritim antara Asia Timur dan Eropah Barat; laluan-laluan ini berdepan dengan persaingan baru dengan penemuan Tanjung Harapan oleh Portugis pada tahun 1488. Selain itu, Uthmaniyyah adakalanya berperang dengan Parsi gara-gara pertikaian wilayah atau disebabkan oleh perbezaan agama pada abad ke-16 hingga ke-18.

(restoran terbuka)

(roti lagi)

29) Dalam hampir dua abad mengalami kejatuhan, Empayar Uthmaniyyah beransur-ansur mengecil dari segi keluasan tanah, kekuatan tentera dan kekayaan. Ia terlibat dalam Perang Dunia Pertama di sisi Kuasa Tengah dan akhirnya dikalahkan. Ekoran Gencatan Senjata Mudros pada 30 Oktober 1918, Pihak Berikat selaku pemenang memecahkan negara Uthmaniyyah melalui Perjanjian Sèvres 1920.

(roti di mana-mana)

(bersantai lagi)

(penjual, pelangan dan tetamu)

(hotel kervansaray, Bursa)

30) Di Bursa kami menginap di Hotel Kervansaray. Kedudukan hotel ini di tengah bandar membolehkan kami shopping lebih awal. Anak lelaki saya berkesempatan mendapatkan jeket kulit yang berpatutan harganya. 

(menggayakan sesuatu yang baru)

(ini salad warna-warni)

31) Hari ke 3 kembara, ialah dari Bursa menuju Kusadasi. Perjalanan sejauh 405km. Namun demikian keadaan jalan raya dan lebuhraya sangat baik akan memberi keselesaan kepada kami. Disepanjang jalan kelihatan ladang-ladang buah zaitun, buah anggur dan juga tanah yang kering kedinginan. Nun jauh disana kelihatan juga salji di beberapa puncak bukit. 



(meneruskan perjalanan)

(melintas bandar-bandar)

(sebuah ladang kuda)

32) Ekonomi Turki berkembang sebahagian besar. Negara ini antara pengeluar yang terkemuka di dunia produk pertanian, tekstil, kenderaan bermotor, kapal dan alat pengangkutan lain; bahan bangunan, elektronik pengguna dan peralatan rumah. Dalam beberapa tahun terakhir, sektor swasta Turki membangun begitu pesat sekali, tetapi negara masih memainkan peranan utama dalam industriperbankanpengangkutan, dan komunikasi.

(bandar dan ladang)

(minyak zaitun produk utama)

33) Ladang-ladang buah zaitun di kiri kanan sepanjang perjalanan kami memang kelihatan melaut. Buah Zaitun adalah merupakan sejenis species daripada tanaman yang tertua di dunia. Rekod sejarah menunjukkan pokok zaitun mempunyai pelbagai guna khasnya dalam bidang perubatan sejak zaman purba MesirMinyak zaitun amat jernih dan berkilau, lagi mahal harganya. Minyak zaitun baik untuk kesihatan luaran dan dalaman manusia. Paras asidnya yang rendah memudahkan penghadaman kita. Vitamin E yang terkandung di dalam minyak zaitun didapati boleh merendahkan kolestrol LDL (kolestrol jahat), tekanan darah, dan risiko koronori jantung. Ladang zaitun memenuhi dataran sepanjang perjalanan kami ke Kusadasi.





(pokok oren sebagai landskap)

(suatu penelitian)

34) Pokok-pokok figs yang kering kelihatan disepanjang jalan yang kami lalui. Pokok Ara (bahasa Inggeris: ficus)  atau figs merupakan genus untuk kira-kira 800 spesies pokok berkayu, pokok renek, dan pokok menjalar dalam  . Pokok ini berasal dari seluruh kawasan tropika, dengan beberapa spesies yang bertumbuh juga di kawasan iklim sederhana yang hangat. Kebanyakan spesies adalah malar hijau, sedangkan pokok-pokok di kawasan iklim sederhana dan kawasan yang mempunyai musim kering yang panjang adalah pokok luruh daun. Buah figs kering atau at-tin ini boleh didapati di kedai pasaraya di sepanjang perhentian kami.

(suatu pilihan)

(berbagai pilihan)

(pemandangan laut aegean)

(mentari terbenam di laut aegean)

35) Kami mendaftar masuk di hotel ketika matahari sedang terbenam. Sepanjang perjalanan cuaca sejuk dan hujan. Suhu di luar 12C menyebabkan pantasnya kami masuk ke kamar masing-masing. Hotel Tatlesis terletak di persisiran Laut Aegean. Pemandangan matahari terbenam yang dapat dinikmati melalui belkoni sungguh menakjubkan. 


(hotel tatlesi, Kusdasi)

(bandar Kusadasi)

(di penjuru belkoni)

(sarapan turkiye)

36) Keesokkan harinya, iaitu hari ke 4 kembara, selepas sarapan, kami bergegas untuk meneruskan kembara ke Selcuk. Sepanjang perjalanan ke Pamukalle sejuah 214km, kami akan singgah di tapak arkeologi Ephesus. Tapi sebelum itu kami dibawa ke kilang pengeluar pakaian kulit tempatan. Pakaian ini akan dieksport dan diberi jenama khas mengikut syarikat yang membelinya. Anak perempuan saya sempat dijadikan model untuk meragakan salah satu pakaian kulit keluaran kilang tersebut. Harga setiap pakaian ada yang mencecah ribuan Euro. Kami hanya mampu melihatnya sahaja.

(lawatan ke kilang pakaian kulit)

(sekadar mencuba)

(ada yang mencecah ribuan euro)

(ephesus)


37) Ketika berada di bumi Ephesus, terbayang tentang kehebatan pahlawan-pahlawan Troy. Sejarah purba Semenanjung Anatolia yang merangkumi sebahagian besar wilayah Turki moden, ialah salah sebuah kawasan yang paling lama diduduki manusia tanpa henti di dunia. Petempatan-petempatan Neolitik yang terawal seperti Çatalhöyük (Neolitik Tembikar), Çayönü (Neolitik Pra-Tembikar A hingga Neolitik Tembikar), Nevalı Çori (Neolitik Pra-Tembikar B), Hacılar (Neolitik Tembikar), Göbekli Tepe (Neolitik Pra-Tembikar A) dan Mersin dianggap antara petempatan manusia yang terawal di dunia

(di sini kah kuda trojan itu ditinggalkan?)

(library of celcius)

38) Penempatan Troy bermula pada zaman Neolitik, dan berterusan hingga Zaman Besi. Sepanjang sejarah tertulis, penduduk Anatolia pernah bertutur dalam bahasa-bahasa Indo-EropahSemitik dan Kartvelia, antara lainnya. Sebenarnya, berdasarkan kepurbaan bahasa-bahasa Hitit dan Luwia yang tergolong sebagai Indo-Eropah, sesetengah ilmuwan mengusulkan bahawa Anatolia merupakan pusat hipotesis dari mana terpancarnya bahasa-bahasa Indo-Eropah. Kaum Hattia ialah sebuah bangsa kuno yang menduduki bahagian tenggara Anatolia seawal-awal tahun 2300 SM.



(tapak arkeologi ephesus)

39) Kehebatan Ephesus yang saya pernah lihat dalam filem epik di layar perak, kini tersergam di hadapan saya. Peperangan Troy dengan taktik peperangan zaman kuno, sungguh mengkagumkan. Empayar besar pertama di kawasan itu diasaskan oleh kaum Hitit dari abad ke-18 hingga ke-13 SM. Bangsa Assyria pula menjajah sebahagian Turki tenggara seawal tahun 1950 SM hingga tahun 612 SM, apabila Empayar Assyria ditakluki oleh wangsa Chaldea di Babylon.


(sebahagian tapak tiang)

(the odeon)

(tamadun yang menakjubkan)

40) Selepas kejatuhan Hitit, satu lagi kelompok Indo-Eropah, iaitu kaum Phrygia mengambil alih tampuk penguasaan sehingga kerajaan mereka dihancurkan oleh orang Kimeria pada abad ke-7 SM. Antara negeri-negeri perwaris Phrygia yang paling berkuasa ialah LydiaKaria danLycia. Kaum Lydia dan Lycia bertutur dalam bahasa yang berumpun Indo-Eropah pada pangkalnya, tetapi kedua-dua bahasa itu telah dipengaruhi unsur bukan Indo_Eropah sebelum zaman Hitit dan Keyunanian.


(hotel hitit, Kusadasi)

(menu menyelerakan)

(chef turkiye)

41) Kami di bawa ke sebuah hotel yang mengambil nama kaum yang menduduki wilayah ini,  Hotel Hitit untuk makan tengah hari dan solat. Waktu ketibaan kami terlalu awal untuk masuk solat zuhur maka kami di beri peluang berehat seketika sehingga masuk waktu untuk solat. Waktu zuhur bagi kawasan ini ialah 12.15 tengah hari. Untuk menentukan arah kiblat  agak sukar sedikit bagi kami kerana tanda arah kiblat tidak ada di mana-mana hotel di Turki. 

(puncak sauna roman)

(putih seperti salji)

42) Perjalanan kembara kami diteruskan ke Pamukkale, di mana kami di bawa ke tapak warisan UNESCO ia itu runtuhan tapak Hierapolis. Di sini terdapat beberapa runtuhan bangunan dan kubur lama dan tapak penempatan zaman dahulu. Terdapat juga pusat kesihatan, mandian air panas. Kawasan ini didirikan di atas puncak bukit batu kapur. Ia kelihatan putih seperti salji. Nama Pamukkale itu bermaksud istana kapas. 

(kota kerajaan seljuk)

(puncak putih seperti salji)

43)  Bandar purba Yanani-Rom dan Byzantine Hierapolis di bina di atas "istana" putih yng berjumlah kira-kira 2700 meter (8860 kaki) panjang, 600 meter (1970 kaki) lebar dan 160 meter (525 kaki) tinggi. Ia boleh dilihat dari bukit di seberang lembah bandar Denizli, 20km jauhnya. 

(replika pahlawan troy)

(matahari terbenam di bumi cotton castle)

(tapak warisan turkiye)

44) Setelah berpenat lelah meneroka dua khazanah warisan dunia di bumi Turki, kami di bawa ke hotel untuk berehat. Kami bermalam di Hotel Lycus River. Esok hari ke 5 kembara kami. Perjalanannya 430km untuk ke kota lama Konya. Kami harus berehat secukupnya.

(hotel lycus river, Pumakkale)

(puncak salji)


45) Sebelum meneruskan perjalanan sejauh 430km ke Konya, kami singgah di sebuah kilang pakaian berjenama. Kilang ini terletak berhampiran Hierapolis. Pakaian yang berjenama tersohor berkesempatan untuk kami mencuba sahaja kerana harganya mengikut pasaran antarabangsa.

(salah satu jenama tersohor)

 (nampak bergaya)


(boleh mencuba)

(stesen minyak)

46) Turki adalah sebuah pengilang minyak dan gas semulajadi, tetapi tahap pengeluarannya tidak cukup besar untuk keperluan negara, ini menyebabkan Turki menjadi negara pengimport minyak dan gas. Namun demikian, penemuan terbaru minyak dan ladang gas dalam negara ini, terutama di laut lepas pantai Laut Hitam utara Anatolia, seperti juga di Timur ThraceTeluk Iskenderun dan dalam daratan negeri di Southeastern Anatolia Region berhampiran sempadan dengan Syria dan Iraq, akan membantu Turki untuk mencapai tahap yang lebih tinggi membantu diri dalam pengeluaran tenaga.

(stesen teh)

(menikmati minuman turkiye)

(puncak gunung laluan ke Konya)

47) Konya (bahasa Turki Uthmaniyyah: juga disebut Koniah, Konieh, Konia dan Qunia) ialah sebuah bandar yang terletak di Turki bahagian selatan, pada penara tengah Anatolia. Bandar ini merupakan ibu wilayah Konya. Mengikut sejarah bandar ini dahulunya dikenali dengan nama Ikonium (bahasa Latin), bahasa Greek: Ἰκόνιον Ikónion). Penduduknya berjumlah kira-kira 1,412,343 orang pada tahun 2007.

(muzium mevlana)

(perkarangan muzium)

(pengunjung menuju destinasi)

(makam maulana rumi)

48) Maulānā Jalāluddīn Muhammad Rūmī, juga dikenali Maulānā Jalāluddīn Muhammad Balkhī, atau Rumi sahaja di negara-negara bertutur Inggeris, (30 September, 120717 Disember, 1273), merupakan penyair, Qadi dan ahli teologi Parsi Muslim abad ke 13 Farsi (Tājīk)Namanyabermaksud"KeagunganAgama", Jalal bererti "agung" dan Din bererti "agama"Rumi lahir di Balkh (ketika itu sebahagian dari Khorasan Besar di Negeri Parsi, kini dalam Afghanistan) dan meninggal dunia di Konya ( di Turki sekarang ). Pengunjung yang ramai datangnya dari negara-negara Asia Timur.

(laluan keluar muzium)

(rakaman di perkarangan muzium)

(informasi muzium)

49) Kepentingan Mevlana (maulana) melangkaui batas bangsa, budaya dan negara. Sepanjang abad dia mempunyai pengaruh dalam Kesusasteraan Parsi disamping dalam Kesusasteraan Urdu dan Kesusasteraan Turki. Sajak-sajak karangannya dibaca dengan meluas di negara-negara seperti Iran, Afghanistan dan Tajikistan dan telah banyak diterjemah dalam pelbagai bahasa di dunia dalam pelbagai bentuk.

(pemandangan muzium)

(teman FB Konya)

50) Kami mendaftar masuk hotel ketika matahari sudah terbenam.  Konya (bahasa Turki Uthmaniyyah: juga disebut Koniah, Konieh, Konia dan Qunia) ialah sebuah bandar yang terletak di Turki bahagian selatan, pada penara tengah Anatolia. Bandar ini merupakan ibu wilayah Konya. Mengikut sejarah bandar ini dahulunya dikenali dengan nama Ikonium (bahasa Latin), bahasa Greek:Ἰκόνιον Ikónion). Penduduknya berjumlah kira-kira 2.2 juta.


(hiasan dinding tarian sufi)

(hotel dundar, Konya)

 51) Di Konya kami menginap di Hotel Dundar. Hotel ini mempunyai keistimewaan tersendiri, iaitu pintu liftnya adalah seperti bentuk pintu peti ais (frozen). Kita memerlukan tenaga untuk membukanya sama ada dari dalam atau luar lift. Satu lagi keistimewaan yang terdapat di setiap laluan dan tandas hotel yang kami duduki di Turki ialah mentol  lampu akan hanya menyala apabila ada orang di bawahnya (sensor). Ini merupakan satu usaha kerajaan untuk penjimatan penggunaan tenaga elektrik.


(di depan hotel dundar)

(tugu panglima tentera Turkey)

52) Selepas mendaftar keluar dari hotel kami akan menuju ke Cappadocia. Perjalanan sejauh 260km. Cuaca sejuk walaupun cahaya matahari terik. Cappadocia adalah kawasan tengah Anatolia, dikelilingi oleh bandar-bandar Hacibektas, Aksaray, Nigde dan Kayseri, ia dikenali sebagai Cappadocia pada zaman purba, dan masih dipanggil Kapadokya secara tidak rasmi di masa kini. 

(pemandangan gunung bersalji)

(beraneka manisan)

(restoran sultan)

(pintu kota lama)

(satu-satunya restoran yang menghidangkan ikan)

(restoran bawah tanah)

(pintu masuk restoran bawah tanah)

 (permukaan atas restoran)

53) Cappadocia adalah rantau Turki yang paling menarik visualnya. Terutamanya kawasan "moonscape" di sekitar Urgup dan bandar-bandar Goreme, Uchisar, Avanosdan, Mustafapasa di mana hakisan telah membentuk gua, lorong-lorong serta lubang-lubang yang menyerupai permukaan bulan.
 
(permukaan bulan di Cappadocia)

(Disini juga penerbangan belon panas diadakan mengikut keadaan suhu dan cuaca)

(Lanskap yang unik ini sungguh menakjubkan)

(Rupa bumi moonscape)

54) Pokok Aprikot merupakan pokok kecil dengan daun rimbun, melebar setinggi 8–12 meterdaunnya berbentuk simbol hati, dengan hujung runcing, dan sepanjang 8 cm dan 3–4 cm lebar. Ia berbunga putih hingga merah jambu. Buahnya menyerupai buah pic atau nektarin, dengan warna daripada kuning hingga warna oren dan kadangkala kemerah-merahan; permukaannya licin dan hampir tanpa bulu. Buah aprikot ialah buah berbiji benih besar juga dikenali sebagai pepauh, kerana biji benih tunggal yang keras.




(Bersantai di lobi hotel)

(Kilang karpet turki)

(Suasana sejuk yang nyaman)

(Berlatar belakang gunung bersalji)

(Terowong dalam gunung)

(Bersama pemandu pelancung)

(Merasa bermain salji)

(Pintu masuk bandar Kaymakli)

55) Cappadocia mempunyai berpuluh-puluh bandar bawah tanah, tetapi yang terbesar dan yang paling rumit dan kerap dilawati pengunjung adalah di Kaymakli dan Derinkuyu, 20 km (12 batu) dan 30 km (19 batu) di selatan Nevsehir.


(Kedai menjual berbagai jenis roti)

(Restoran bawah tanah yang menghiburkan)

(Kilang seramik pun ada dalam gua tersebut)

(Produk seramik dalam gua)

(Pintu keluar rumah gua kilang seramik)

(Terjumpa gerai menjual ikan segar)

(Berehat menikmati teh dan kebab)


56) Setelah 2 hari berada di Cappadocia, kami berangkat menuju Ankara. Suatu sarapan pagi kebiasaan Turki mengandungi keju (beyaz peynir/feta, kaşar etc.), mentega, zaitun, telur, tomato, lada hijau, reçel (suatu pengekalan buah-buahan keseluruhan) dan madu. Sucuk/sujuk (sosej pedas Turki), pastırma, börek, simit, poğaça dan juga sup dapat diambil sebagai makanan pagi di Turki. Suatu keistimewaan umum Turki untuk sarapan pagi digelar menemen yang disediakan dengan tomato bakar, lada, zaitun dan telur. Secara tetap,teh hitam dihidangkan pada sarapan pagi.

 (Makan tengah hari di stesen keretapi Ankara)

(Stesen Keretapi Ankara)

 (Menjamu selera tengah hari di Ankara)

 (Sebahagian daripada juadah di restoran stesen keretapi)

 (Hidangan istimewa)

 (Di hadapan restoran stesen keretapi Ankara)

(Ankara, Turki)

57) Masakan Turki mengalami perubahan-perubahan yang pesat pada abad ke-20, dengan tabiat makan Turki berubah secara ketara disebabkan pengaruh Barat. Makanan segera semakin popular dan semua rantaian makanan segera yang utama dapat dilihat di seluruh Turki. Walau bagaimanapun, makanan-makanan yang disediakan untuk dimasak dengan ketuhar mikrogelombang serta makanan sejuk beku jarang didapati di rumah, dan keluarga-keluarga Turki masih makan hidangan-hidangan Turki Uthmaniyyah yang kaya dan meluas.


(Hasil garam asli)

(Stesen Keretapi Ankara)

58) Ankara adalah ibu negara Turki dan bandar kedua besar negara tersebut setelah Istanbul. Bandar ini mempunyai 4,319,167 penduduk (provinsi 5,153,000) (setakat 2005), dan ketinggian purata 938 m [1] dari aras laut. Ankara juga merupakan sebagai ibu negeri Provinsi Ankara. Bandar ini dahulunya dikenali sebagai Angora. Orang Hittite memberi nama Ankuwash sebelum 1200 SM [2][3], orang Galatia dan Rom menggelarnyaAncyra, dan ketika zaman klasik, Keyunanian dan Byzantine ia dikenali sebagai Ἄγκυρα Ánkyra.


(Pengawal Museum Tentera Ankara)

 (Perbarisan pengawal keselamatan)

(Bersama mengawal)

(Bersama pengawal keselamatan)

59) Setelah bermalam di Bolu, kami menuju Istanbul. Pada 18 September 1922, tentera-tentera pendudukan sudahpun diusir, dan tertubuhnya sebuah negara Turki baru. Pada 1 November, parlimen yang baru ditubuhkan secara rasminya membubarkan Kesultanan, maka berakhirnya 623 tahun di bawah pemerintahan Uthmaniyyah. Perjanjian Lausanne24 Julai 1923 membawa kepada pengakuan antarabangsa akan "Republik Turki" yang baru dibentuk sebagai negara pewaris Empayar Uthmaniyyah, dan republik tersebut diisytiharkan secara rasmi pada 29 Oktober 1923, di ibu negara baru iaitu Ankara.

60) Mustafa Kemal menjadi Presiden Turki yang pertama lalu memperkenalkan banyak pembaharuan radikal yang bertujuan menubuhkan sebuah republik sekular baru daripada tinggalan zaman silam Uthmaniyyah. Mengikut Undang-Undang Nama Keluarga, parlimen Turki memberi Mustafa Kemal nama keluarga kehormat "Atatürk" (Bapa Turki) pada tahun 1934.


(Bersiar-siar di Istanbul)

(Masih memilih roti yang menyelerakan)

61) Masakan Turki mewarisi warisan Uthmaniyyah yang boleh diperihalkan sebagai gabungan dan penghalusan masakan-masakan Turki, Arab, Parsi, dan Yunani. Masyarakat Uthmaniyyah menyatukan berbagai-bagai tradisi masakan alam mereka, bersama-sama dengan unsur-unsur Turki dari Asia Tengah sepertiyogurt. Oleh itu, Empayar Turki Uthmaniyyah mencipta sekumpulan besar hidangan yang amat teknikal dan mengagumkan. Tambahan pula, berbagai-bagai kawasan Empayar Turki Uthmaniyyah dapat diperlihatkan mengandungi sedikit sebanyak hidangan-hidangan Utimahiyyah yang beraneka.



(Kedai roti dan pastry)










62) Masakan Turki mewarisi warisan Uthmaniyyah yang boleh diperihalkan sebagai gabungan dan penghalusan masakan-masakan Turki, Arab, Parsi, dan Yunani. Masyarakat Uthmaniyyah menyatukan berbagai-bagai tradisi masakan alam mereka, bersama-sama dengan unsur-unsur Turki dari Asia Tengah seperti yogurt. Oleh itu, Empayar Turki Uthmaniyyah mencipta sekumpulan besar hidangan yang amat teknikal dan mengagumkan. Tambahan pula, berbagai-bagai kawasan Empayar Turki Uthmaniyyah dapat diperlihatkan mengandungi sedikit sebanyak hidangan-hidangan Utimahiyyah yang beraneka.



(Gerai tolak menjual roti)

(Cafe de roti n tea)


63) Pada keseluruhannya, masakan Turki tidak homogenous. Selain dari keistimewaaan masakan Turki umum yang dapat dijumpai sepanjang negara, ada juga keistimewaan bertentukan daerah. Masakan daerah Laut Hitam (iaitu di Turki utara) beasaskan tepung dan ikan bilis. Pada tenggara—Urfa, Gaziantep dan Adana—masyhur dengan kebab, meze dan pencuci mulut asas tepung seperti baklava, kadayıf dan künefe. Terutamanya di bahagian-bahagian barat Turki, di mana pokok zaitun dibesarkan secara sangat besar, minyak zaitun adalah jenis minya kutama digunakan untuk masakan. Masakan-masakan daerah Aegean, Marmaraand Mediterranean memaparkan ciri-ciri asas masakan Mediterranean sebagaimana mereka kaya dengan sayur-sayuran, herba dan ikan. Anatolia Tengah masyhur dengan keistimewaan pastrinya seperti keşkek(kashkak), mantı (terutamanya Kayseri) dan gözleme.


(Kedai yang menjadi pilihan)

(Kedai yang menjadi kenangan di Istanbul)



64) Masakan Turki merangkumi berbagai-bagai pastri, baik yang masin mahupun yang manis. Börek ialah nama label untuk pastri-pastri masin yang diperbuat daripada yufka (yubka: lapisan doh yang amat nipis yang dibuat dengan menggunakan oklava, sejenis torak kayu yang dibawa masuk ke Anatolia daripada puak-puak Turki Asia Tengah). Su böreği yang diperbuat daripada lapisan-lapisan filo rebus, keju dan pasli, merupakan pastri yang paling biasa dimakan. Çiğ börek (juga dikenali sebagai Tatar böreği) merupakan pastri goreng yang dibubuhi daging kisar mentah. Kol böreği merupakan lagi sejenis börek yang amat dikenali dan yang memperoleh namanya daripada bentuknya yang seolah-olah lengan.

 (Kedai jeans)

(Santai untuk memanaskan badan)

65) Sarapan pagi dalam kebudayaan Turki kaya dengan berbagai-bagai jenis makanan. Keju, mentega, buah zaitun, telur, tomato, cili kembung, reçel (perbezaannya dengan marmelad adalah bahawa buah-buahan yang dijeruk dikekalkan bentuknya tanpa dilecek), dan madu lebah merupakan bahan-bahan yang diwajibkan dalam sarapan pagi Turki yang biasa. Sucuk (sosej Turki), pastırma, börek, serta juga sup-sup boleh dimakan sebagai sarapan pagi di Turki. Salah satu keistimewaan sarapan pagi Turki yang umum ialah menemen. Resipi: Panggang cili kembung dengan minyak zaitun di dalam kuali leper. Tambahkan tomato parut dan tunggu sehingga jus tomato mendidih. Kemudian, tambahkan beberapa biji telur dan campurkannya kepada cili cembung dan tomato (nisbah 1-1-1 adalah sesuai). Bergantung kepada rasa masing-masing, keju parut atau hiris-hiris sosej juga boleh ditambahkan ke dalam campuran tersebut.


(Menunggu bas ke pusat bandar Istanbul)

(Di luar hotel)
 
66) Istanbul (B. Turki: İstanbul, B. Greek: Κωνσταντινούπολις Konstantinoúpolis) ialah bandar raya yang terbesar, serta juga pusat kebudayaan danekonomi Turki. Bandar raya ini yang merupakan ibu negeri Wilayah Istanbul terletak di 41° U 28° T pada Selat Bosphorus, dan merangkumipelabuhan asli yang dikenali sebagai Golden Horn (bahasa Turki: Haliç) di barat daya negara ini. Istanbul yang menjangkau kedua-dua belah Selat Bosphorus di kedua-dua benua Eropah (Thrace) dan Asia (Anatolia) lantas merupakanmetropolis yang unik di dunia. Istanbul yang begitu bersejarah pernah menjadi ibu kota kepada tiga buah Empayar yang berbeza:





Empayar Rom (330-395);
Empayar Rom Timur (395-1453); dan
Empayar Uthmaniyyah (1453-1923). 




(Bersama Levent Salih)

67) Kami bermalam di Hotel Helic di Istanbul. Dengan bantuan Levent Saleh rakan FB kami di bawa bersiar-siar sambil membei belah dan minum kopi. Kopi Turki adalah kopi kenalan dunia yang dapat dihidangkan manis atau pahit. Dalam bahasa Turki, ada suatu perpatah yang menegaskan pentingnya dalam kebudayaan Turki secawan kopi ke seseorang: "secawan kopi mempunyai keanggapan 40 tahun". (Untuk pautan di antara biji kopi ditinggalkan oleh Tentera Uthmanniyah dan kedai kopi hari ini di Vienna, sila ambil ujian BBC di http://news.bbc.co.uk/1/hi/world/europe/4305656.stm). Ia harus dinyatakan bahawa walaupun orang Arab menggelarkan kopi mereka kopi Turki, ia lain dari segi aroma dan citarasa dari kopi Turki.



(Mencuba kopi Turki yang sebenar)

(Walau pun secawan kecil, tak dapat nak habis)

(Seronok dapat bertemu rakan FB di Istanbul)

(Kenangan kami sekeluarga)





68) Bandar raya Istanbul telah diberikan berbagai-bagai nama pada sepanjang sejarahnya, bergantung kepada kebudayaan, bahasa, dan agama raja-rajanya. Byzantium, Constantinople, dan Stamboul adalah beberapa contoh yang masih digunakan secara meluas di sesetengah negara. Antara lain, it juga dipanggil "Rom Baru" atau "Rom Kedua" kerana Constantine Agung, Maharaja Rom, mengasaskan kota ini di atas tapak Byzantium, kota Yunani, sebagai ibu negara yang kedua, ibu kota Kristian untuk Empayar Rom, berbanding dengan Rome yang umumnya bersifat jahiliah.


(Cuaca malam itu ribut dan terlalu dingin)

(Bergambar di Dataran Tasim)

69) Keesokan harinya ia itu pada hari ke 12, bertarikh 24 Disember 2011, kami check out dan bertolak ke lapangan terbang Antartuk. Sebelum ke lapangan terbang kami singgah di restoran untuk makan tengah hari. Sesungguhnya, Turki atau Türkiye yang didiami lebih 73.7 juta orang, akan kami tinggalkan dan akan menjadi kenangan. Pengembaraan Turki sungguh memberi pengertian dalam kehidupan dan pengalaman peribadi. Alhamdulillah.


(Terima Kasih Levent Salih)